Wednesday, 12 August 2015

Coral Stone


 Assalamualaikum 


Abah masuk hospital selasa haritu sebab coral stone, masa aku balik untuk lunch abang aku jojoi dah menepek kat rumah . Nak hantar abah aku pi hospital kat Tropicana Damansara, abah sampai pukul 3 ptg, time aku balik kerja abah tak balik lagi sebab kena tahan ward, then malam mama tanya nak pergi hospital tak hantar barang abah, Ofcoz nak pi , lepas isyak ktorg sume pi hospital, sampai - sampai abah still kat emergency tak naik ward lagi, penuh depa kata . Actually masa ari ahad pukul 2 pagi abah aku and mama pi PUSRAWI sungai buloh, sebab rasa sakit abah kata, aku tak sedar pun, seronok tidur mimpi guling - guling kat rumput dengan Amitabh Bachan . HAHAHA

Mama dan abah cuti isnin tuh, selasa abah je cuti, bila pi hospital aritu, abg aku kata 

Doktor tanya abah ada makan apa - apa tak selalu . Abah kata " Bendi , adala selalu " terkejut doktor  dengar , Abah aku sambung " Sebab saya ada kebun bendi depan rumah "  lagi terkejut doktor tuh . Rupanya tak boleh makan selalu bendi . 


Tiap - tiap hari pulak tuh makan sehari lebih kurang 10 biji makan, mau tak mau, kadang - kadang tapela, hahaha . Bila abang aku cerita kat ktorg, Abah termenung memikirkan sesuatu mesti pikir apa nak dibuat dengan bendi - bendinya . Nak dekat pukul 11 baru dapat ward, pergh lawa benor kauu , daripada pergi hospital kerajaan lagilah bertambah menderita abah aku nak tunggu mesti dia suruh balik makan ubat, buangnya ntah bila . 

Semalam pergi hospital mama kol nak ikut ta, lepas aku balik terus amik baju pi hospital , abah dah bertenaga nampaknya, malam asik ngadap fon reply wasap fansnya, hahah


MORAL : Jangan Makan bendi banyak sangat walaupun ia baik untuk lutut anda, Sekian



Sekarang apa nak di buat dengan bendi - bendi tersebut ? 




ASSALAMUALAIKUM  I Know Im Cute :3

Monday, 10 August 2015

Kebun


 Assalamualaikum ..

Hari minggu aritu saya tolong bapa saya berkebun, ala tolong sikit - sikit jerr, abah kata tengok tuh kumbang hisap madu bunga, ok kumbang ? Bukan tebuan ke abah, its bee, haa barulah abah menyedar kesalahan nama terhadap binatang tersebut . Padahal sepatutnya lebah,hahhaa . Abah kata, tengok tuh Allah cipta binatang cmtuh, kalau pokok tak boleh nak buat, tebuan je boleh hisap madu bunga pokok timun tuh, tengok, Allah cipta semua ada sebab . *insaf aku disitu

"Abah kalau binatang macam ni, macam mana pulak ? " sambil tunjuk ladybird yang memakan daun timunnya
"Haa, tuhla abah nak halau, dia pun mahluk Allah, dia pun nak hidup jugak, tapi kalau dia dah buat pokok timun abah teruk cmni, terpaksalah abah kembalikan dia kat pencipta dia"  *abah niat dihati nak membunuh ladybird 


Tengah panjat ke tuh, tak gayat ke ? Kihkihkih


Assalamualaikum ~

Sunday, 9 August 2015

Moh kita menghapei


 Assalamualaikum dan selamat sejahtera . . 


Dulu ramai yang tanya macam mana aku study kat rumah, haa ...  Sebab aku ni bukan yang rajin study ok, bila aku kadang- kadang tetido dalam kelas dorg pun ingin menaladani aku turut tidur juga, aku memberikan contoh terbaik kepada rakan - rakanku disekolah, cara ni hanya boleh di gunakan pakai oleh subjek yang menghafal je, mengira tak join, tuh kena buat latihan selalu, kuikuikui ~ tak tawulah korang mampu ke nak buat dengar tips ni,hmmmm

Tips study dari kaktia ye adik - adik :

1. Last minute study, yang ni penting, telah tersemat dijiwaku, sebab aku ni tak boleh study awal - awal nanti hilang ingatan esoknya

2. Walaupun aku study last minute, tapi aku study macam dunia ni aku punya, HA HA HA ! aku jenis study habiskan satu buku, jangan tidur selagi tak habis study . Tido kejap , then bangun balik, mengikut kajian, benda yang kita baca or hafal sebelum tidur akan buat kita lebih ingat .

3. Subjek BM mcm komsas, tgok buku yg dah bagi ringkasan, hafal semua, sebab aku bukan jenis baca novel komsas n literature. 

4. Subjek geoografi form 4 & 5 gunakan buku teks sepenuhnya sebab lebih padat dan ringkas berbanding nota kat kedai .

5. Jangan makan maggi,haaa . . Aku ni penggemar maggi, bapak aku ni pantang ktorg makan maggi bahaya utk ingatan, katanya . . Sebulan or dua tiga minggu sebelum exam jangan makan, aku ngan adik aku terpaksa ngidam selama 2 week,sedih T___T lepas habis exam makan laaa korg nak makan apa . Tapi selalunya, bila time nak exam je korang akan ingat kenikmatan maggi, bila dah makan sekali terus ta teringat nak makan dah *FACT

6. Lagi satu ikan, makan ikan ya baik untuk ingatan, rumah aku ni jarang nak jumpa ayam dalam setahun 2 kali je rasanya, daging pun sama ..

7. Siapa makan maggi tuh, makan kismis pulak bagi natural kan balik, encik saleh kata makan maggi bolehh lupa 44 hari,hahah

8. Jangan dengar lagu time menghafal, nanti time exam korang tulis lirik lagu sejarah mungkin berulang, takpun time jawab terngiang - ngiang lagu tuh *pernah terjadi kat aku,hmmm

9. Lepas korang hafal semua, amik kertas tulis semua yg korang hafal kat satu ketas buat mcm peta minda pun boleh, jangan tengok nota, intai dikit-dikit je boleh lerrrr ..

10. Haaa for sejarah, guna buku peta minda visual ajaibbb!! kat situ korang bertambah lagii ingat or buku komik sejarah, lagi seronok study, yeah!!

11. Aku ni jenis yang hafal semua, bila exam aku keluarkan semua time exam, then bila esoknya org tanya aku ibarat aku baru lepas terhantuk pintu, jatuh tergolek - golek benjol kepala, LOST sweet MEMORY  kita .

12. Subjek math ! Hah! aku ni sangatlah benci math pmr,spm suka ler, tapi berkat abang sorg ni yg tak putus asa ajar, jadi jatuh cinta pada math pmr, kihkihkih, cara dia ajar ada masa garang ada masa baik, ishh . Dia akan tunjuk jalan kira mcm mana nak buat sampai faham, then dia padam balik, then suruh buat sendiri, happy rasa --'' sampai kesudah, lama - lama terer lerr ..

13. Kalau korg nak buat latihan Math relaks - relaks, haa dengarlah lagu or surah-surah apa2, tapi janganlah dengar rock, lagu tenang mcm lagu OmbakPasang,haaha

14. Ok ni benda pelik yang selalu aku buat time hafal, adik aku dah biasa tgok, time hafal tangan aku ni kena bergerak - gerak bagi cepat lagi nak ingat, first aku akan conteng seluar yg aku pakai kaler hitam sambil hafal, tak pun apa-apa benda yang panjang like pembaris pnjg, aku guna langsir punya tempat sepit tuh alaa susah nak terang, haa benda tuh aku akan pukul belakang aku, aku pun ta tawu nape,huhuhu, ada yang kata tempat yang sakit kena tuh yg akan ingat, tapi aku ketuk biasa je k, tak sakit,haha *Dont do it !!

15. Doa jangan lupa, minta mak ayah doakan, aku selalu suruh encik saleh doakan, kat situ juga dia doa,terharu anakmu

16. Or kalau korg nak bernazar pun boleh,uuuu

17. Untuk sains, hafal buku eksperimen yg ada latihan, dan buku teks, sebab banyak info penting, just highlight mana penting, bila next exam, kita dah ingat yg highlight tuh pasal apa for subjek lain pun cmtuh juga


Inilah dia buku peta minda yang unggul di nusantara !!

Banyak tak tips study dari mak anak - anak ? "Tapi malangnya, bila masuk universiti, tak menjadi pulak kuasa penghafalan aku ni,hurmmm", berkata - kata athirah pada diri sendiri


 Assalamualaikumm , selamat mencuba !

Thursday, 6 August 2015

Google


Assalamualaikum !


Kehadapan kedepan kawan - kawan aku di luar sana, jangan search URL blog aku kat google, hahaha, sian kat depa . Pasti hangpa semua cari takdan nak jumpa blog aku na . Sian hangpa pasti hangpa jumpa Resepi Membuat Ayam Paprik, dapur terbalik, resepi paprik ayam jah supermarvelous ala - ala bagai pungguk rindukan bulan, dapur bonda tersayang sian kat korangkan . Kita senasib yang sama :'(




Haaa! Terbukti tak popular, nampak dah permainan dia *Ain mesti jumpa ni,kihkihkih


Assalamualaikum ~

You think I'm Cute? Yes or No? Yes? AHaaaaaaaaaaaaaaHaaaaaaaa


Gadis Jubah Rempit


Assalamualaikum, tengah buat apetuh ?


Day 5 i work - work here, hari yang mulia hari jumaat ni la, aku pakai seluar yela dah kehabisan jubah . Okay, bila pakai jubah kain or what yang seangkatan perang dengannya, of coz kita nak beware dari aurat terdedah kan time bawak motor or bicycle ? Setiap kali, bawak moto mesti aku berdiri, sambil bawak motor berdiri ala -ala nak get ready pacak dalam Rempit Farid Kamil yg popular katanya tuh . Sebab nak betul kan jubah, okay .

Aku tak tawulah apa pandangan acik - acik sekeliling everyday aku buat gitu, mesti dia kata aku hebat, hmmm *i know,emm emm . Harini pakai seluar jangan risau ea acik - acik Saujana aka SUTAMA, uuuu sutama kau . Saya arini malas nak tunjuk hebat, saya ada sifat tawaduk harini . 


Si monkey menunjukkan kehebatan kepacakkan Motornya


Tips kepada penunggang motor wanita disana, yaa di sana tuh . *ni untuk yang pakai kain or jubah yee
1. Pakai kain kat dalam, not yang jarang, dan senteng, ok? *For me, i always pakai kain baju kurung hitam yg plain
2. Walau dah pakai kain, pakai juga seluar, for safety
3. Stokin ofcoz, wajib tau pakai, penting .
4. Baju labuh ok .
5. Tudung yg boleh tutup segala
6. Pakai beg or pin kan tudung, dari dia menggerebang ala - ala video klip adira langit pecah tuh
7. Tapi nak selamat pakai topi kaledar, haa ni aku paling malas, hahaha
8. Siapa pakai kasut selipar, pakai stokin juga, ramai mesti tengok kita aneh kan, peduli apa i !
9. Seluar ngan tat tat tau, baju pun tau

Assalamualaikum, harini surah al-kahfi yee

You think I'm Cute? Yes or No? Yes? AHaaaaaaaaaaaaaaHaaaaaaaa

Wednesday, 5 August 2015

Machine Vs Me


Assalamualaikum, di mulakan dengan Bismillah di sudahi dengan Alhamdulillah , 
na na na ~


Dah 4 hari kerja praktikal kat sini, sungguh memboringkan, bosan bukanya apa bosan takda work . Siap kerja then tak tawu nak buat apa ! Nampak sangat aku ni tak bersyukur tade kerja dengan nikmat berelaks - relaks bagai berhoney to the moon bersama Kim Soo Hyun kat Bora Bora macam Hanis dan hubbynya sambil makan kerupuk lekor ditemani sang monkey mencuri lekor, cishh ! *semput baca satu nafas

Sejak kerja ni, dah macam - macam aku search kat Google, macam pagi tadi aku tetiba search sejarah Sultan , Agong kerabat di raja bagaii dah kenapa aku ni? Siap hafal segala, kalo tanya aku pasal semua ni A+ aku dapat jawab,hahaha .  Tapelah dapat ilmu sikit daripada tade kerja menghadap PC opis ni .

Start aku kerja sini ada satu benda yg paling benci dengan aku . Aku tidak tahu apa salahku ! Apa?! Aku tak buat apa dengan kau, sampai benci sangat kat aku,hmm kita sedihla ada yang benci kita . Kenapa dengan awak mesin thumbprint ?? Setiap kali kita scan jari kita mesti try again malu betul ! dorg biasa je bila scan ! Mungkin sebab aku ta redha lagi kerja sini,hmmm, betul tuh , i kenot :'(

*Scan
Mesin : Try Again ! You must redha work - work here dulu !
Me : I wi terai , emm *sambil menitik air mata



Model tengah acah - acah try scan, first time latu, kihkihkih

MORAL : Redha dengan apa yang ada, ok ?



Assalamualaikum, salam comel dari gadis cute :3







Open House


Assalamualaikum and hai again !


Selama hampir 4 bulan penanaman perkebunan yang dijalankan oleh encik saleh aka my Abah, haa macam2 hasil dah encik saleh ni tanam, dari sayur kangkung hingga sekarang ni timun and bendi . Abah dengan bangga merasakan dirinya dah kurus sejak berkebun,hahah . 10 kg wow! dalam 3 bulan, lemak degil kat perut makin tiada (Buncit) . Pastu abah kata sebab minum ubat apa ntah dia selalu promote kat org, hahaha . Hasil bendi yang tiap2 hari dapat tuh, asik tuh jela menu utama kat rumah Bendi Rebus,hahah . Mama ngan abah je ea makan uolls, ktorg tak, haha, dah rezeki tapi anak2 ta bersyukur !! Hahaha . Yela abah sikit2 suruh makan bendi rebus, memang takla dengan kita ni yg tak suka sayur

Back to tajuk, dalam perjalanan ke open house Paklang abg mama kat Putra Height, abah mengwar - warkan nak buat open house dengan order makan *malas masak uolls 


Mama : Menu apa tuh?
Abah : Satay ipin .
Mail : Kambing Golek

tetiba . .

Abah : Bendi Rebus takpun timun rebus *dengan selambanya berkata-kata



Tergelak kitorang,hahaha, senang petik depan rumah je,hahaha
Abah selalu buat lawak dia tak sedar,hahaha .

Bendi - bendi yang sedang baring bersama- sama, ingat sweet latu .

Assalamualaikum!

Jangan lupa jaga diri jaga iman :D

Tuesday, 4 August 2015

First Entry Nih !

Assalamualaikum and hai !

Tajuk pun dah menerangkan first,ha ha ha . Pernah buat blog masa sekolah menengah . Cehh, nampak sangat dah tua kita kan, alaa time tuh sign up blogspot eh! sekarang dah tukar blogger kauu, uuu maju dah ade gerger sekarangkan, haha . Dulu sign up jer lebih pastu tak buat apa - apa pun sampai laa hilang ingatan tentang password segala, maklumlah otak 0.006 kilobyte atau lebih tepat 6 byte (eh! yeke?)  .


Sumber Inci Googal


K lah, babai ! Malas nak type banyak kat entry first time ni,haha! 
Assalammualaikum . 

Jangan lupa jaga diri jaga iman :D